Want your
own Fotopage?












 
rozila's FotoPage

By: rozila zain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  [13]  >  >>]    [Archive]
Sunday, 6-Aug-2006 06:00 Email | Share | | Bookmark
Ronda-ronda cari hiburan

 
 
nak cuba ker?? meh laa..
View all 9 photos...
Sajer je bawak bebudak keluar ronda-ronda.. sambil cuci mata.. depa ni pantang jumpa mainan2 ni.. mesti nak mencuba... kalau ikutkan depa... memang tak nak balik pun.. Sorry .. gambar tak berapa cantik pasal snap guna handset... terlupa nak bawak camera..

Care to comment?


Sunday, 16-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke Nagoya

 
sempat berposing ...
apa yang dicari-cari tu??
Hari ni kami ke rumah member di Nagoya.. So, first time la bawak budak-budak naik bas.. Sebelum ni depa tak pernah merasa naik bas.. Kira ini pengalaman baru mereka la.. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.15am. Kami berjalan kaki ke bus stop terdekat untuk ke stesyen keretapi. Dok kat sini merasalah riadah berjalan kaki ni.. Masa dok kat Malaysia dulu.. hampeh .. memang tak dibuatnya...

Selepas menaiki train lebih kurang 15 minit, kami telah pun sampai ke Nagoya Station lebih kurang jam 10.15am.. Suasana di Nagoya Station bersesak-sesak.. Walaupun cuaca hari ini mendung dan kadang-kadang hujan, tetapi terasa bahang kepanasannya.. dek terlalu ramai orang di sini...

Tak banyak gambar yang diambil kerana terlupa... dek sibuk berjalan ke sana sini sambil melayan anak2... he he he...

Care to comment?


Sunday, 18-Jun-2006 11:04 Email | Share | | Bookmark
Desinasi Pertama di bandar Gifu

Di puncak gunung inilah terletak castle..
Berposing dulu sebelum bertolak..
Anak2 bersama Nurul, Prof Akira dan wifenya..
View all 20 photos...
Setelah 5 hari berada di Gifu, kami sekeluarga telah di bawa bersiar2 oleh supervisor ayah (Prof. Akira) ke sebuah castle di atas sebuah gunung... jarak perjalanan dari rumah ke kaki gunung tersebut dekat sahaja tetapi dek kerana terlalu banyak trafic light yg ada di sepanjang perjalanan menyebabkan tempoh perjalanan memakan masa yang lebih panjang... Setelah menikmati makan tengahari.. maka rombongan kami bertolaklah ke destinasi dengan menaiki dua buah kereta..

Setelah membeli tiket di kaunter, kami pun menaiki cable car utk naik ke gunung tapi tidaklah sampai ke puncak gunung tersebut. Sampai di stesyen di atas gunung, kami terpaksa naik tangga lak utk sampai ke castle yg berada di puncak gunung tersebut.. alaa hai. penat naik tangga tok sah citer laa.. dah la banyak tangga yg kena naik.. kena dukung si kecik lak pasal tak moo berdukung dgn ayahnya.. makin ler tercunggap2 ibu dibuatnya... lagilah ibunya lak tak pernah excersice sebelum ni.. rasa cam semput nafas dibuatnya.. tapi kerana teruja sangat nak nengok pemandangan dari atas castle tersebut.. ibu pun menggagahkan diri utk terus mendaki sampai ke atas.. dah sampai kat atas gunung tu.. ingatkan boleh terus naik ke castle tersebut.. rupa2nya kena bayar tiket dulu.. baru leh masuk.. alahai.. nasib baik gak perbelanjaan tiket masuk dan cable car ditaja oleh Prof. Akira.. Arigato gozaimasu...

Bila dah berada di tingkat atas castle tersebut.. hati terasa puas dan penat naik tangga terus hilang kerana disajikan dengan pemandangan keseluruhan bandar Gifu yg sungguh cantik... dengan penempatannya yg agak padat dan juga sungainya yg berliku-liku dan bersih.. cantiknyaa...terasa nyaman sekali kat atas tu..

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  [13]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.